TAF dan simbolisma 666 |
“Pada tahun 1967 telah terbongkar bahawa badan itu (TAF) menerima
dana daripada CIA. Victor Marchetti, Timbalan Pengarah CIA, membuat
kenyataan kurang bijak dengan berkata bahawa TAF telah ditubuhkan oleh
CIA dan sehingga tahun 1967 telah banyak subsidi daripadanya.
“Pada hari ini, model NED (the National Endowment for Democracy)
dilihat sebagai kaedah lama CIA, berisiko, jadi pada tahun 1984, satu
akta TAF telah digubal bagi membolehkan badan itu menerima dana daripada
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS),” lapor sourcewatch.org.
Nile Bowie dalam tulisan bertajuk “Understanding US Funding to Malaysian Civil Society”
mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan
NED di mana beliau turut bergambar dalam Majlis Anugerah Demokrasi NED
pada tahun 2007 bersama-sama Presiden IRI (Institute Republican Institute), Lorne Craner, Presiden NED, Carl Gershman, Presiden NDI (National Democracy Institute), Ken Wollack, dan lain-lain.
Namun, operasi NED sudah diketahui umum sebagai operasi CIA, maka
sourcewatch.org melaporkan badan perisikan AS kini mula menumpukan
perhatian terhadap TAF.
Surin Pitsuwan adalah salah seorang Ahli Pemegang Amanah TAF dan beliau juga sering dijemput Anwar menghadiri beberapa program di Malaysia termasuk menjadi salah seorang penceramah dalam program IKD (Institut Kajian Dasar).
Di Indonesia, TAF merupakan penaja utama kebangkitan Islam Liberal
dan Pluralisme agama yang berselindung di sebalik NGO hak asasi dan
masyarakat sivil.
Salah satunya adalah NGO bernama Jaringan Islam Liberal (JIL).
“Dengan bantuan dari agensi-agensi pembiayaan seperti The Asia
Foundation, JIL dapat menyuarakan fahaman liberal, aspirasi dan tafsiran
Islam secara toleran di Indonesia,” lapor wikipedia JIL.
Portal Indonesia, voa-islam.com mendedahkan sekurang-kurang 44 NGO di negara itu telah ditaja TAF.
“Kemudian di antara pendokong-pendokongnya ada yang menghalalkan
homoseks seperti Musdah Mulia, dan membela aliran sesat Ahmadiyah
seperti Azyumardi Azra, ” lapor voa-islam.com.
(Sumber)
** (Sila klik pada alat slide untuk paparan visual penuh)
(Sumber)
** (Sila klik pada alat slide untuk paparan visual penuh)