1. DAP telah menjadi sangat sinonim dengan fahaman rasis, cauvinis, kiasu dan sikap anti Melayu-Islam. Parti itu juga tidak pernah benar-benar menyembunyikan agenda mereka untuk menghapuskan raja-raja Melayu di mana mereka secara terbuka menolak semua keistimewaan yang diberikan kepada institusi beraja. Kita melihatnya sebagai simbol penolakan total terhadap Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.
2. Umumnya, rakyat Malaysia seolah-olah tahu apa perjuangan DAP sebenarnya. Namun anda tersasar sekiranya anda menyangka benar-benar faham bagaimana DAP berfungsi sekadar melalui sangkaan sedemikian.
3. Ini kerana, terdapat satu lagi perkara tentang DAP yang mana kebanyakan rakyat Malaysia, orang Melayu khususnya, masih tidak sedar iaitu megenai agenda Kristianiti mereka. Kaum Cina yang lebih menyedari hakikat agenda tersebut. Antara blog yang giat mendedahkan isu begini termasuklah blog helen ang dan shu zheng.
4. Mereka mendedahkan bagaimana pada sesi-sesi ceramah DAP kepada orang Cina, sering dinyatakan tentang garis pemisah yang jelas antara 'Melayu Muslim' dengan yang 'bukan Melayu yang bukan Islam' dan kemudian mereka akan meminta yang 'bukan Melayu bukan Islam' untuk bersatu, dalam ertikata menentang golongan 'Melayu Islam' iaitu jelasnya UMNO.
5. Pendedahan mereka kemudiannya disokong dengan blog bahasa Melayu terutama sekali di Pulau Pinang serta laporan semasa di media massa mengenai kes murtad yang semakin menular. Antara perkara yang turut didedahkan termasuklah mesyuarat tertutup DAP mengenai agenda menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
6. Kes-kes murtad membuktikan bahawa agenda tersembunyi itu benar wujud apabila pemimpin DAP tampil kedepan untuk mempertahankan kedudukan gereja sambil cuba menutup jejak mereka, dimana mereka kemudiannya berjaya untuk memastikan PAS memecat Dato 'Dr Hasan Ali.
7. DAP menafikan laporan itu dan memilih untuk berdiam diri supaya keadaan terkawal tanpa mencetuskan kontroversi yang lebih besar. Memandangkan bahawa kebanyakan laporan datang dari blog berbahasa Inggeris dan ditulis pula oleh para blogger Cina, DAP percaya bahawa agenda rahsia mereka masih selamat.
8. Dengan PAS mengambil pendekatan mempertahankan DAP dalam kebanyakan isu-isu keagamaan yang berbangkit, termasuklah isu murtad sekalipun, maka DAP yakin bahawa mereka tidak perlu risau tentang sebarang tentangan daripada umat Islam.
9. Ia mungkin benar bahawa selagi Pakatan Rakyat kekal sebagai pembangkang, dan kedua parti saling memerlukan antara satu sama lain untuk ke Putrajaya, maka agenda Kristian DAP masih boleh dilihat sebagai perkara yang “remeh” bagi PAS sambil DAP pula terus mengaburi agendanya daripada umum.
10. Namun demikian, selagi pusat penyebaran agamanya seperti di Subang Jaya (Selangor) masih di bawah PR dan selagi DAP memiliki sumber dana yang tidak terhad untuk mengembangkan dakyah Kristianiti secara besar-besaran di negara ini, lambat laun tetap akan membawa implikasi yang besar pada negara.
11. Atau lebih teruk lagi, jika Pakatan Rakyat beroleh kemenangan pada PRU 13 kelak, dengan pendekatan 'menang dulu, fikir kemudian', kita harus menjangkakan pergolakan yang besar bakal berlaku di parlimen secara berterusan tanpa penghujung.
12. DAP pasti terus konsisten dengan harapan mereka membangunkan sebuah negara berteraskan Kristian-Zionis manakala PAS adalah sebuah parti yang mendakwa mereka “Islamis”. Konflik kepentingan yang bertentangan kedua parti ini pasti semakin besar dan berlanjutan dengan andaian PR berjaya menang PRU13.
13. Sekalipun kita membuat andaian bahawa barisan kepemimpinan PAS tunduk kepada DAP untuk memastikan bahawa kedudukan mereka selamat, apakah jawapan kepada sentimen golongan rakyat Melayu-Islam yang pro UMNO yang pastinya tidak akan duduk diam melihat hak-hak keagamaan mereka menurut perlembagaan dihakis oleh politik Kristianisasi DAP.
14. Dalam tempoh kurang daripada setahun, menjelang 2014, demonstrasi dan huru-hara akan menjadi sesuatu yang rutin dan diikuti oleh kejatuhan ekonomi negara kita. Sebenarnya apa yang boleh kita harapkan jika PR memerintah negara ini tidaklah jauh berbeza daripada realiti kejam yang dialami era Reformasi di Indonesia.
15. Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan merudum menjadi beban yang berat pada majoriti rakyat Indonesia ketika itu. Beban yang dialami mereka kemudiannya membawa kepada kemarahan.
16. Arus kebencian mereka terhadap kaum Cina-Kristian yang memonopoli ekonomi negara akhirnya semakin memuncak. Kebencian itu kemudian diterjemahkan kepada pergaduhan, penyembelihan, rogol dan rompakan terhadap kaum Cina semata-mata untuk menyalurkan kemarahan yang melata. Akhirnya, apa yang bermula sebagai krisis ekonomi, telah beralih menjadi penghapusan etnik dan ‘Perang Salib’ Islam - Kristian.
17. Jika DAP yang sudah pasti akan terus berdiri tegas di atas perjuangan untuk memperkasakan agama Kristian secara agresif, maka tidak mustahil samasekali tercetusnya Perang Salib di negara kita. Kalangan PAS pasti akan mengatakan ini adalah hanya satu rekayasa serta sekadar taktik menakutkan-nakutkan orangramai menjelang PRU13.
18. Namun demikian dengan mengambil kira segala fakta sejarah, sentimen keagamaan dan perkauman serta rekod pendedahan mengenai agenda-agenda tersembunyi, soalan percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat sebenarnya tidak timbul kerana sememangnya kita perlu benar-benar takut akan implikasi yang bakal tercetus.
19. Persoalannya sekarang ialah, apakah Hadi Awang dan pengikutnya akan tetap berterusan mengkafirkan puak UMNO? Adakah mereka akan tetap berjuang untuk DAP? Atau mereka akan berjuang bersama UMNO dan umat Islam yang lain?
No comments
Post a Comment