Thursday, April 11, 2013

Singapura "backup" DAP untuk PRU-13

"Memang rasa tak heranlah dengan perangai orang-orang Melayu yang mengambil remeh perkara macam ini hatta menggadai maruah bangsa send... thumbnail 1 summary
"Memang rasa tak heranlah dengan perangai orang-orang Melayu yang mengambil remeh perkara macam ini hatta menggadai maruah bangsa sendiri sekalipun. Bila negara dah tergadai barulah ada akal agaknya.."

1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas. 

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor. 

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

8. Setelah Singapura yang sebelum ini merupakan tanah milik Orang Melayu berjaya di'republik'kan, nampaknya usaha untuk meng'republik'kan Malaysia ini masih menjadi agenda utama PAP-DAP.



9. Orang Melayu di Malaysia hanya mempunyai sesama sendiri, namun begitu dengan perpecahan yang ada ketika ini, tidak mustahil DAP mampu untuk mengambil alih kepimpinan negara ini.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!
(Sumber)

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”