Tuesday, April 16, 2013

PAS TUBUH LUJNAH BARU: STOPENDERS BY STOPA SPENDER!

16  April Kuala Lumpur - Sumber-sumber perisikan "Insiders" kami memaklumkan bahawa PAS sedang melancarkan satu strategi baru y... thumbnail 1 summary
16  April Kuala Lumpur - Sumber-sumber perisikan "Insiders" kami memaklumkan bahawa PAS sedang melancarkan satu strategi baru yang bakal dituruti oleh PKR dan kemudiannya DAP secara berperingkat.

Najib dan BN juga dikatakan agak teruja dengan perkembangan terkini namun tidak dapat dipastikan samada BN akan turut "meniru" strategi alter terahsia PAS ini.

Sumber-sumber "Insider" melaporkan bahawa PAS sedang berbincang secara terperinci dengan Timbalan Mursyidul Am nya Ustaz Dr Haron Din untuk menubuhkan satu lujnah baru yang akan berjenama STOPENDERS bY Stopa Spender.

Jenama ini berdasarkan market research yang dijalankan tempohari bakal meletup di pasaran dan telah berjaya memberi nafas baru pada industri spender negara..

Menurut sumber-sumber insider PAS, jenama STOPENDER ini mempunyai potensi untuk duduk bersebelahan dengan jenama2 seperti CK dan sebagainya dan turut memberi persaingan kepada model-model bertaraf antarabangsa seperti David Beckham dan Cristian Ronaldo berdasarkan prestasi hebat Stopa Spender Setiausaha PAS yang telah menggegarkan prasada politik dan dunia fesyen antarabangsa baru-baru ini.

Ramai peniaga-peniaga sender tempatan baru-baru ini dilaporkan amat gembira kerana peratus penjualan spender telah melonjak naik.


Seorang peniaga yang sempat kami temuramah yang hanya ingin dikenali sebagai Abg Mat Spender berkata, "Sebenarnya saya dah lama dikenali sebagai Abg Mat Spender tapi taklah glamer mana. Namun sejak isu Stopa Spender ni nama saya tiba-tiba macam selebriti pulak..!!!"

Beliau berkata penjualan spendernya tempohari sangat memberangsangkan dan stoknya selalu saja kehabisan. Ditanya samada beliau akan mengundi untuk PAS, jawab beliau, "Oh dak.. tak payah. Depa ni kita biaq pi jadi pelaris sudah lah... Saya tetap dengan UMNO tapi kita perlu jugak dengan badut-badut dalam PAS ini sebab gelagat depa memang menarik perhatian dan sensasi.."


Lujnah Stopender PAS ini dikatakan ada potensi untuk menjana hasil pendapatan yang lumayan melalui jenama Stopender by Stopa Spender tanpa memerlukan derma dari penyokong-penyokong PAS lagi selepas dilancarkan.

Semoga PKR dapat mengeluarkan cepat versi mereka memandangkan Anwar, Azmin dan kini Rafizi tidak boleh membenarkan Stopa Spender membayangi mereka kerana puak-puak PKR inilah yang sebenarnya  bertanggungjawab mempelopori trend spender ini sebelum Stopa Spender telah meng"hijack" jentera marketing mereka melalui versi guerilla marketing yang sangat efektif tempohari..

 

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”