Saturday, March 9, 2013

Anwar Tajaan-Wall Street, Sabah & Terorisma Tajaan Barat

"Pembabitan Anwar Ibrahim dan pakatan parti pembangkang politik beliau dengan pengganas militan sedang disiasat. Namun Malaysia dan ... thumbnail 1 summary
"Pembabitan Anwar Ibrahim dan pakatan parti pembangkang politik beliau dengan pengganas militan sedang disiasat. Namun Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara mestilah sentiasa berwaspada dengan axis kuasa Barat yang sentiasa menyokong parti-parti politik dengan bertopengkan "promosi demokrasi". 

Tetapi pada masa yang sama mereka inilah yang membiayai, membekal serta menyokong persenjataan para pengganas, kartel jenayah, dan para pencabul hak asasi manusia, yang berkali ganda lebih kejam daripada parti-parti politik (atau pemimpin-pemimpin politik) yang mereka sedang cuba gulingkan."

Sabah state, Malaysia (right in red) is host of a bizarre invasion by militants based in the Philippines, just months ahead of Malaysia’s general elections. Because Malaysia’s opposition is overtly supported by Wall Street, and because of the West’s liberal use of global terrorism as a geopolitical tool, many suspect Anwar Ibrahim’s opposition party is at least partly responsible for instigating the militant incursion.
Anwar Tajaan-Wall Street, Sabah serta Tajaan Barat Terhadap Terorisma.

Tony Cartalucci
(SUMBER: Activist Post)

Kebetulan? Trend penggunaan prop terorisma oleh kuasa Barat menimbulkan kebimbangan keganasan terbaru di Sabah adalah dikaitkan dengan kempen Wall Street untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai ketua negara.

Laporan berkenaan militan Islamis Sulu yang mendarat di pantai negeri Sabah menjelang pilihan raya kebangsaan telah menimbulkan kebimbangan dan kecurigaan mengenai penglibatan pihak pembangkang Malaysia  dan penaja Barat mereka.

Star/Asia News Network melaporkan dalam artikel bertajuk, "Najib: Kerajaan akan menyiasat dakwaan Pembangkang menghasut Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah," bahawa: Perdana Menteri telah mengarahkan perisikan Malaysia untuk menyiasat dakwaan bahawa pihak pembangkang adalah antara pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menghasut waris Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Anwar Ibrahim sebagai ketua pakatan parti pembangkang Malaysia, yang termasuk Parti Islam Malaysia (PAS), telah berkhidmat untuk kepentingan Barat sepanjang hayatnya.

Anwar Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 1998. Beliau memegang jawatan pensyarah di Fakulti Pengajian Lanjutan Antarabangsa di Universiti Johns Hopkins. Beliau merupakan perunding kepada Bank Dunia.

Beliau adalah ahli panel kepada National Endowment for Democracy's "Democracy Award" dan turut menjadi ahli panel di suatu majlis derma National Endowment for Democracy - sebuah organisasi Amerika Syarikat yang sama yang melalui subsidiarinya membiayai dan menyokong Bersih, sebuah pergerakan demokrasi-bayangan tajaan Barat. Sebuah organisasi yang sebenarnya telah dicipta oleh dan untuk berkhidmat bagi cita-cita politik Anwar Ibrahim.

Gabungan Anwar Ibrahim dengan puak-puak "pro Islamis" di Malaysia, serta kecenderungan penaja-penaja Barat beliau untuk menggunakan terorisma sebagai alat geopolitik, menimbulkan kemungkinan pihak pembangkang pimpinan beliau bersubahat dalam operasi penyahstabilan Malaysia secara militan di menjelang pilihan raya umum negara 2013 yang sudah sangat hampir.

Sambil Wall Street terus menyokong Anwar Ibrahim, pakatan politik beliau, dan front demokrasi jalanan Bersih beliau, pada masa yang sama ia membiayai kewangan dan persenjataan front teroris tegar Al-Qaeda dari Libya dan Syria ke Iran dan Pakistan.

Pengumuman terbaru pula oleh pihak AS dan UK bahawa mereka akan menyalurkan pembiayaan tambahan bernilai jutaan US dollar (USD60 juta) kepada pemimpin pembangkang Syria Moaz al-Khatib yang secara terbuka bekerjasama dengan francais Al-Qaeda di Syria itu al-Nusra.

Ini menunjukkan dengan jelas sistem penajaan terorisma-keganasan Barat yang bersifat global, sistematik dan terancang rapi. Sokongan yang sama telah diberikan melalui "front" politik kepada  Kumpulan Pejuang Islam Libya (Libyan Islamic Fighting Group -LFIG) di Libya yang sebenarnya menghantar pengganas, wang tunai, dan senjata berat ke Syria melalui sempadan negara ahli NATO iaitu Turki.

Pembabitan Anwar Ibrahim dan pakatan parti pembangkang politik beliau dengan pengganas militan sedang disiasat. Namun Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara mestilah sentiasa berwaspada dengan axis kuasa Barat yang sentiasa menyokong parti-parti politik dengan bertopengkan "promosi demokrasi".

Tetapi pada masa yang sama mereka inilah yang membiayai, membekal serta menyokong persenjataan para pengganas, kartel jenayah, dan para pencabul hak asasi manusia, yang berkali ganda lebih kejam daripada parti-parti politik (atau pemimpin-pemimpin politik) yang mereka sedang cuba gulingkan.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”