Tuesday, March 12, 2013

Wikileak Dedah Komplot Nur Misuari Mahu Takluk Sabah Sejak 2007

12/03/13 – Sejak tahun 2007, Wikileaks sudah dapat mengesan percubaan Ketua MNLF, Nur Misuari i... thumbnail 1 summary

12/03/13 – Sejak tahun 2007, Wikileaks sudah dapat mengesan percubaan Ketua MNLF, Nur Misuari ingin 'menakluk’ Sabah lapor The Unspinners yang mendedahkan satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manilla ke Jabatan Negara di Wahington bertarikh 11 Mei 2007.

“Wikileaks ini mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkan dia kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada tahun 2002.

“Dia (Misuari) juga masih menaruh harapan untuk ambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara militan.

Sementara itu, Mymassa bertajuk “Breaking News : Gambar ketiga kemesraan Anwar-Nur Misuari,” pula mendedahkan sekeping foto yang dipetik dari sumber AP. Foto itu dirakam ketika Anwar berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Nur Misuari berjawatan Gabenor Mindanoa.

Menurut media Mymassa pula, “Anwar jatuh kerana Rasuah dan Perempuan, Nur Misuari pun jatuh kerana Rasuah dan Perempuan kata Kerajaan Filipina yang memecat Nur Misuari tempoh hari. "
"Anwar nak jatuhkan Kerajaan Malaysia, Nur Misuari nak jatuhkan Kerajaan Auotonomi MILF di Selatan Filipina. “Anwar kata “semua agama sama kerana mempunyai Tuhan yang satu”…Nur Misuari pula dalam FBnya menyatakan hal yang serupa. Dua-dua Pluralist Agama Islam,”lapornya lagi.

(Sumber)

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”