Thursday, March 21, 2013

PRU13: ANTARA FAKTA, ANALISIS DAN SPEKULASI

YOU TANYA, I SAMAN! KUALA LUMPUR 19 Jan ANTARA FAKTA, ANALISIS DAN SPEKULASI   Se... thumbnail 1 summary
YOU TANYA, I SAMAN!
KUALA LUMPUR 19 Jan


ANTARA FAKTA, ANALISIS DAN SPEKULASI

 
Sedikit pencerahan berhubung isu pembubaran Parlimen dan PRU 13

FAKTA 

1. 3 DUN bubar sebelum Parlimen bubar secara otomatik pada 28 April. Tiga DUN yang
terbabit itu ialah DUN Negeri Sembilan, DUN Melaka, dan DUN Johor.

2.
DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya pada 23 Mac, diikuti DUN Melaka dan DUN Johor pada 22 April.

3. Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.

4. Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

5. Sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

6. Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini. - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

7. Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga."


8. SPR mempunyai tempoh masa panjang untuk mengadakan pilihan raya sebaik Parlimen dan DUN dibubarkan sama ada dengan sendiri atau berdasarkan kepada ketetapan tarikh oleh Perdana Menteri. - Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

9. Oleh itu, SPR akan menggunakan tempoh 60 hari itu sebaik-baiknya dalam usaha memastikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN diadakan serentak. - Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

10.  Saya akui terdapat beberapa DUN yang telah memulakan persidangan sebelum sidang Parlimen pada 28 April ini tetapi itu tidak menjadi masalah kerana tempoh sidang DUN-DUN terbabit tidak jauh dari tarikh pembubaran Parlimen," - Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

11.  Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya umum berkata, sebanyak 200,000 petugas pilihan raya telah bersiap sedia menjalankan tugas masing-masing sebaik tarikhnya diumumkan Perdana Menteri.

12.  Begitu juga dengan persiapan dan persediaan kita dari segi logistik dan kemudahan pengangkutan. Kita mahu memastikan PRU-13 kali ini berjalan lancar," katanya.

NOTA ANALIS & SPEKULASI

 i.  Sumber-sumber berkata Parlimen mungkin dibubarkan seawal 25 Mac, hanya 2 hari sebelum tempoh pembubaran DUN Johor dan Negri Sembilan.

 ii.  PRU13 mungkin diadakan dalam jangkamasa 4 minggu ini dimana kebanyakan calon-calon telah pun di pilih dan manifesto kerajaan siap menjelang 20 Mac.

iii.  Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

iv.  Jadual PM dijangka penuh dengan banyak acara tetapi ada ruang jangkamasa yang nampak kosong dari minggu terakhir bulan Macsehingga 24 April di mana Perhimpunan Asean Summit akan berjalan di Brunei. Kemungkinan besar juga PRU13 diadakan pada masa tersebut.

v.  PRU13 kali ini adalah tempoh yang kedua terpanjang lebih daripada lima tahun sejak negara mengadakan pilihan raya umum lepas, secara perberbandingan dengan tempoh antara pilihan raya negara ketiga umum Mei 1969 dan pilihan raya umum keempat pada bulan Ogos 1974.

vi.  SPR ada masa 60 hari untuk mengisytiharkan PRU tetapi besar kemungkinan akan menanti sehingga kesemua DUN termasuk Parlimen dibubarkan terlebih dahulu.

vii.  Negeri-negeri bawah tadbir Pakatan Rakyat dijangka turut membubarkan DUN masing-masing dalam tempoh masa sama untuk memastikan PRU dijalankan serentak kecuali Sarawak, yang telah menyelesaikan pilihanraya negeri pada tahun lepas.
viii. Besar kemungkinan PRU13 akan diadakan pada minggu kedua atau ketiga bulan April kerana petunjuk sentimen keyakinan BN adalah paling tinggi pada sela masa tersebut.

ix.  Perdana Menteri  dijadual menghadiri perhimpunan Polis Diraja Malaysia pada 22 Mac sebelum menghadiri acara “Janji DiTepati” di kawasan Parlimen beliau, Pekan pada 23 Mac.

x.  Acara rasmi beliau yang terakhir dijadualkan untuk bulan ini adalah untuk Perlumbaan F1 Petronas Malaysia di Sepang pada 24 Mac, dimana musim cuti sekolah penggal pertama selama satu minggu bermula.

xi.  Perdana Menteri DS Najib Tun Razak terkenal sebagai seorang yang terlalu berhati-hati. Sebarang masalah dan perkembangan dalaman terkini seperti isu perbicaraan Shahrizat Jalil dan video Taib Mahmud mungkin menyebabkan beliau menangguhkan lagi tarikh PRU13.

xii.  Ini mungkin menyebabkan beliau menangguh sehingga Parlimen terbubar secara otomatik pada 28 April dan Malaysia akan secara teknikalnya, tertakluk di bawah Kerajaan Sementara.

xiii.  Sekiranya DS Najib memilih untuk melanjutkan percaturan ke masa tambahan ini bermakna besar kemungkinan PRU13 diadakan pada 28 Jun atau selewat-lewatnya awal bulan Julai 2013, dan berbalik lah kita  kepada apa yang telah dinyatakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (6)!

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”