Saturday, March 9, 2013

Tentera Israel tempur Palestin bantah hina Al Quran di Masjid Aqsa

Sabtu 9 Mac 2013 6:44AM Kes susulan bantahan terhadap tentera Israel pijak Al Quran Tentera Is... thumbnail 1 summary

Sabtu 9 Mac 2013 6:44AM

Kes susulan bantahan terhadap tentera Israel pijak Al Quran

Tentera Israel bertembung dengan jemaah Palestin di perkarangan masjid al-Aqsa selepas solat Jumaat pada 8 Mac 2013.

Tentera Israel telah bertempur dengan rakyat Palestin berhampiran Masjid al-Aqsa di bahagian Timur al-Quds (Baitul Maqdis) dengan beberapa mangsa kasualti kecederaan dilaporkan.

Saksi menyatakan tentera Israel melepaskan bom penyurai berhampiran masjid pada hari Jumaat untuk menyuraikan jemaah Palestin yang membantah terhadap insiden menghina kitab Al-Quran yang terbaru oleh askar Israel.

Menurut sumber-sumber Palestin, tentera Israel menyerbu halaqah bacaan Al-Quran di Masjid al-Aqsa pada hari Ahad lalu dan seorang askar Israel menendang dan memijak sebuah kitab Al Quran.

Palestin membalas dengan melemparkan batu dan firebombs.

Lebih sedozen penunjuk perasaan dan beberapa anggota polis Israel dilaporkan cedera dalam pertempuran tersebut.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”