Wednesday, March 27, 2013

DAP dan PAP: sejarah bakal berulang?

( S umber ) 27 Feb 2013 PAP ditubuhkan pada awal tahun 1954 yang dipelopori oleh setiau... thumbnail 1 summary
(Sumber)

27 Feb 2013

PAP ditubuhkan pada awal tahun 1954 yang dipelopori oleh setiausaha utamanya, Lee Kuan Yew. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 1965, pendaftaran PAP  di Malaysia dibatalkan. 

Namun, pada 1966, parti itu didaftarkan menggunakan nama Democratic Action Party  dan diluluskan.  Sehingga kini, DAP meneruskan aspirasi perjuangan PAP di Malaysia.

Jika kita boleh mengimbau kembali modus operandi yang digunakan oleh Kuan Yew pada masa itu, kita hampir tidak menjumpai sebarang perbezaan dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng kepada rakyat Malaysia pada hari ini.

Lee Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu melayu demi menambat hati orang melayu Islam. Turun naik masjid adalah suatu kebiasaan. Penampilannya yang berbaju melayu dan berkain pelikat menambah keyakinan orang melayu untuk mendokongnya.
Setelah berkuasa, apa yang berlaku?

Orang melayu Islam ditinggalkan dan dinafikan hak-haknya.  Mereka disisihkan selama 20tahun daripada menyertai latihan wajib khidmat negara , kouta pendidikan yang tidak melebihi 25% daripada kaum lain, para profesional melayu sukar menjawat jawatan tinggi terutama di firma Cina tempatan selain jumlah perwakilan Melayu di parlimen juga dihadkan bilangannya. Tidak kurang juga suara lantang yang memperjuangkan hak samarata antara kaum dan agama.

Seolah-olah apa yang diperlihatkan sebelum ini tidak pernah berlaku. Lee Kuan Yew dikenali sebagai pemimpin yang bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap tidak puas hati kepada Melayu Islam. Akhirnya, keturunan melayu dibersihkan di singapura pada masa itu dan masih bersisa sehingga ke hari ini.

Mari kita soroti pula lakonan DAP :
  1. Meyakinkan muslim bahawa mereka memperuntukkan dana yang besar untuk masjid, aktiviti kebajikan dan kepada golongan huffaz
  2. Guan Eng menunjukkan kekaguman beliau terhadap khalifah Umar Abdul Aziz dan  pandai memetik ayat-ayat al-quran ketika berceramah
  3. Demi mengekalkan sokongan muslim kepada DAP, Zairil Kher Johari yang pada asalnya kalah untuk mendapat tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), akhirnya terpilih atas alasan ralat dalam proses permindahan pengiraan undi
  4. Wakil rakyat sering menggunakan ayat al-quran untuk berceramah dalam masjid, meraikan hari kebesaran Islam bersama-sama dan memberi hadiah kepada kanak-kanak muslim.
Teresa kok merupakan ahli parlimen seputeh dan ADUN Kinrara DAP
Ini semua lakonan semata-mata. Ia langsung tidak merugikan perjuangan DAP pun, malah lebih menguntungkan mereka dengan  memikat hati orang-orang melayu Islam.

Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh bertudung di surau An-Nur Shahiroh, pada 30 Dis 2012 dengan sebuah beg sekolah untuk mengeksploitasi kanak-kanak Melayu Muslim

Namun pada hakikatnya, ini antara yang berlaku :
  1. DAP menentang hudud dan pembentukan Negara Islam. Sudah jelas Karpal Singh dan Lim Guan Eng takkan mengalah dalam isu ini
  2. DAP berjaya memonopoli keputusan majlis presiden PR dalam isu kalimah Allah walaupun tidak dipersetujui oleh majlis syura PAS
  3. Peruntukan yang lebih BESAR diperuntukkan untukmembangunkan agama kristian, pembinaan gereja dan menyebarkan dakyah kristian
  4. Wakil rakyat DAP menggunakan politik sebagai medium dakyah kristianisasi mereka. Mereka adalah pendakyah dahulu sebelum ahli politik. Contohnya memberi angpau bercetak bible, berceramah di masjid, memberi limau sempena CNY dan sebagainya.
Hakikatnya, kewujudan DAP di Malaysia bukan sekadar untuk menawan Putrajaya, namun apa yang lebih penting lagi adalah menyebarkan ajaran kristian seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian.

DAP mendapat sokongan yang kuat dari pihak gereja serta berhasrat untuk mengenepikan semua  Jemaah Islam setelah berkuasa kelak.

Ucapan seorang pemimpin kanan DAP, “ We must make sure Christian become the official religion in Malaysia and we must make sure the next PM is a Christian.”

Dengan kejelasan ideology yang dibawa, DAP pada ketika ini telah hampir berjaya memonopoli majoriti undi cina berbanding MCA dan tidak mustahil untuk parti itu menyingkirkan PAS dari pakatan demi memperkuatkan lagi undi cina kepada DAP.

Melayu? Masih lagi dengan kekaguman mereka dengan ke’khalifahan’ Lim Guan Eng itu.
Tak dinafikan, melayu lebih dikaburi dengan lakonan islamik DAP berbanding ideology kristian yang jelas dibawanya.

Adakah orang Islam tidak terfikir, bagaimanakan DAP sangat mengagumi  Islam, tokoh-tokoh Islam dan ayat-ayat al-quran sedangkan mereka sendiri tidak beriman dan beramal dengannya?

Ini semua lakonan!

DAP dan PAP kedua-duanya adalah parti cauvinisme. Mereka sekali-kali tidak akan memberi peluang kepada Melayu Islam untuk berkuasa. Kesamaan antara dua parti ini bukan suatu kebetulan.

DAP adalah serpihan PAP dan bakal mengulang sejarah yang sama di Malaysia.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”