Wednesday, March 20, 2013

Indonesia hantar tujuh kapal tempur

TAWAU 19 Mac - Laporan awal menyatakan hanya dua kapal friget (tempur) dipercayai kelas Ahmad Y... thumbnail 1 summary

TAWAU 19 Mac - Laporan awal menyatakan hanya dua kapal friget (tempur) dipercayai kelas Ahmad Yani milik Tentera Laut Indonesia dilihat berlabuh di perairan Nunukan yang bersempadan dengan daerah ini sejak beberapa hari lalu.

Kelibat dua kapal berkenaan boleh dilihat dari kawasan bandar Tawau yang berhadapan dengan laut walaupun sedikit berbalam.

Difahamkan, aset pertahanan itu digerakkan Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kumpulan pengganas Kiram menyusup masuk ke wilayah mereka.

Namun laporan media Indonesia sebaliknya menyatakan 7 kapal perang Indonesia sedang bertugas diperairan Nunukan-Tawau pada masa ini.

Kapal tempur kelas berkenaan merupakan antara tercanggih dan menggunakan reka bentuk stealth yang moden bagi mengelakkannya dikesan radar.

Adalah difahamkan kapal perang friged KRI kelas  Abdul Halim Perdanakusuma (355) turut dihantar untuk perketatkan pemantauan perbatasan Laut Indonesia-Malaysia tersebut berikutan konflik pengganas Sulu menyerang Sabah.

Kehadiran kapal berkenaan juga sudah menjadi buah mulut penduduk tempatan kerana sebelum ini, kapal tempur milik negara jiran itu tidak pernah berada dalam keadaan statik untuk tempoh yang lama.

Pada masa yang sama, seramai 1.560 anggota pasukan TNI dari Kodam VI/Mulawarman ditempatkan di pos-pos wilayah perbatasan untuk mengantisipasi kemungkinan masuknya pihak-pihak luar yang terbabit dengan konflik antara Malaysia dan pasukan pengganas Sulu, Filipina tersebut.




No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”