Friday, March 22, 2013

Ulama Besar Sunni Syeikh Ramadan al Bouti terkorban dalam letupan bom Damsyiq

Asy Syahid Asy Syeikh Mohammed Said Ramadan al-Bouti انا لله وانا اليه راجعون Semoga ALLAH... thumbnail 1 summary
Asy Syahid Asy Syeikh Mohammed Said Ramadan al-Bouti
انا لله وانا اليه راجعون


Semoga ALLAH SWT ampunkan sekelian ummat Islam sedunia atas kegilaan yang telah melanda ummah, dimana mereka menghalalkan darah daging saudara seagama mereka yang sedang beribadat di dalam masjid di Damsyiq.
Pengganas Free Syrian Army sekali lagi membuktikan betapa mereka telah menjadi tentera-tentera Dajjal dan Iblis laknatuLlah.

Rangkaian TV  al-Ikhbariya melaporkan seorang pengebom berani mati telah merempuh masuk dan meletupkan dirinya didalam Masjid Iman, di Mazraa, Damsyiq.

Beliau yang merupakan antara 'ulama Sunnah wal Jama'ah yang berani lantang bersuara sentiasa mengecam keganasan puak militan FSA sayap AL QAEDA, akhirnya menjadi sasaran yang mengorbankan  nyawanya serta orang-orang awam yang tidak bersalah.

Ulama Sunni Asy Syahid Asy Syeikh Mohammed Said Ramadan al-Bouti bersama-sama limabelas orang lain terkorban, manakala seramai empat puluh lain cedera. Manakala media Al Manar, Beirut pula menganggarkan sekurang-kurangnya 20 orang telah menjadi mangsa korban keganasan melampau terbaru di ibukota Syria tersebut.

Ketika pengeboman berlaku, mereka dilaporkan sedang duduk di dalam majlis kuliyyah agama anjuran Asy Syahid Asy Syeikh Mohammed Said Ramadan al-Bouti.

Semoga ALLAH SWT melimpahi rahmah dan kasih sayangNYA serta menerima ruh Asy Syeikh Mohammed Said Ramadan al-Bouti serta mereka yang turut terkorban sebagai para syuhada di jalan ALLAH SWT.. Amin.


(Last Update: Thursday, 21 March 2013 KSA 22:16 - GMT 19:16)


"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”