Thursday, March 28, 2013

SABAH: KRISTIANISASI & POLITIK PERANG SALIB?

  “A conspiracy may exist whether  legal means are used to accomplish illegal results, or illegal means used to accomplish something leg... thumbnail 1 summary
 

“A conspiracy may exist whether  legal means are used to accomplish illegal results, or illegal means used to accomplish something legal…”

“Suatu konspirasi mungkin wujud, dimana cara yang sah digunakan bagi mencapai sesuatu keputusan yang menyalahi undang-undang.. atau cara yang menyalahi undang-undang digunakan untuk mencapai sesuatu keputusan yang sah.”

Latarbelakang
 
Sedikit masa dahulu, saya pernah terbaca isu “pendedahan” Agenda Kristian di Jurusalem melalui blog Universiti Kehidupan Ustaz Amin (Sumber). Saya agak kecewa dengan artikel tersebut di mana rujukan yang diberi sekadar satu perenggan dari sumber kertas yang diperolehinya semasa dalam ekspedisi ke Jurusalem.


Bukti kertas, satu perenggan?



 Video gereja Jurusalem doa kemenangan
untuk pembangkang


Setelah itu saya tinggalkan isu tersebut seketika. Kemudiannya, saya ambil keputusan untuk buat pendedahan yang lebih terperinci mengenai isu “Decree for Malaysia” (Perintah untuk Malaysia) ini memandangkan ia bukanlah suatu perkara yang wajar dipandang remeh dan mempunyai implikasi yang luas. Sila rujuk ke bahagian akhir pada artikel ini untuk bahan grafik serta ulasan.

Orang Melayu ini sebenarnya sangat terkenal dengan sikap toleransi dan sopan santunnya. Sebelum ada mana-mana pihak melenting, sila ambil masa sebentar dan memahami premis pendedahan ini. Tanpa memahami kerangka perspektif latarbelakang ini, anda akan tersasar dari konteks maksud sebenar artikel ini.


Umat Islam sebenarnya tidak memusuhi ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Mereka penganut agama Samawi (langit) dari satu sumber Ketuhanan yang Satu menurunkan Kitab Taurat, Injil dan Quran.

Islam menggunakan istilah agama Nasrani untuk merujuk kepada versi asal ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa dan menganggap istilah Kristian itu sendiri satu pembaharuan (inovasi). Terdapat lagi bersalahan pendapat dimana Islam menganggap Bible itu tidak tulin dan telah dimanipulasi dari kitab asal iaitu Injil, dan banyak ajaran induk didalamnya juga telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga bercampur- aduk dengan ajaran kuno penyembahan berhala/pagan Mithraic.

Namun demikian doktrin “Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami” masih dihormati . Sepanjang perjalanan sejarah dan selepas memasuki era zaman moden, Islam berkembang dengan sendirinya bukan hasil pendakwahan agama secara agresif kepada orang-orang bukan Islam.

Dalam konteks negara Malaysia dimana Islam  telah termaktub dalam perlembagaan sebagai  Agama Persekutuan (Negara), pendirian umat  Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan prinsip Islam dalam perlembagaan tidak wajar dipertikaikan oleh sesiapa.


Punca konflik keagamaan


1. Konflik keagamaan antara kedua pihak ini akan tercetus apabila kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan cuba dihakis melalui sentimen polemik keagamaan Perang Salib, dan desakan pengaruh nilai-nilai hegemoni dan imperialisma Kristian Zionis secara nyata maupun tersembunyi.

2. Dengan yang demikian, pada setiap masa, seharusnya setiap pihak yang berkenaan tidak melanggar “garismerah” tersebut, dan sewajarnya menghormati doktrin “Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami”, dan mengelakkan provokasi untuk mengekalkan keharmonian negara.

3. Umat Islam di Malaysia sering digambarkan seolah-olah “takut” dengan bayang-bayang Kristianisasi. Langkah-langkah defensif dan polisi “protectionism” Islam dalam menangani isu-isu seperti murtad, kalimah ALLAH, dan sebagainya itulah yang telah berjaya mengekalkan kesucian dan keaslian agama Islam sepertimana ianya diturunkan kepada kami sejak tahun 622 masihi oleh Nabi Muhammad RasuluLlah SAW.

4. Apakah agama-agama samawi yang lain boleh membuat pengakuan yang sama? Sudah tentu tidak kerana sejarah agama Yahudi dan Nasrani itu sendiri membuktikan percanggahan demi percanggahan tentang kesahihan interpretasi versi agama dikalangan mereka sendiri.

5. Sebarang usaha agentur Zionis Kristian-Yahudi untuk mencorakkan Islam dalam acuan kefahaman modenisma, liberalisma dan plurarisma mereka sudah tentu akan ditentang keras oleh umat Islam yang sedang mempertahankan agama mereka dibumi sendiri.


6. Usaha menuntut isu keagamaan yang membabitkan polemik Kristian-Islam dalam acuan demokrasi, kebebasan dan keadilan secara mutlak akan hanya menimbulkan pergeseran yang nyata kerana ia mesti dilihat dalam kerangka acuan Islam di Malaysia itu sendiri terlebih dahulu.

7. Islam mempunyai sistem perundangan dan kaedah-kaedah fiqhnya sendiri yang sempurna, dan khususnya di Malaysia, mekanisma-mekanisma perlindungan telah ditanam kedalam Perlembagaan negara untuk maksud mempertahankan kesucian Islam. Sebarang usaha untuk mengubah fakta ini sudah tentu mengundang bala kerana Islam samasekali tidak boleh diacukan menurut kefahaman asing.


8. Apabila dilihat dalam konteks tersebut maka jelaslah bahang-bahang konflik keagamaan hanya boleh ditimbulkan apabila ada agentur provokasi yang mendalangi dari luar supaya Islam itu dilihat dalam acuan asing yang dilihat sebagai percubaan untuk menggugat mekanisma perlindungan yang telah sedia ada.

CFM
1. Asas pada pergerakan Kristianisasi ini terletak pada “The Christian Federation of Malaysia” (CFM) yang terdiri daripada:

i).    National Evangelical Christian Fellowship (NECF)
ii).   Council of Churches of Malaysia (CCM)
iii).  Roman Catholic Church

2. Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) pernah dilaporkan mengedar sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.

3. Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi Christian Federation of Malaysia, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”. Ia boleh dibaca dalam bahasa Melayu di sini — CFM-BM

4. Versi bahasa Inggeris discreenshot di bawah dari laman National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Surat itu menuntut supaya pemilih mengundi sebuah kerajaan yang akan membentuk:



(“Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.”)
(sumber) 5. Antara yang cukup pro-aktif memasuki kandang politik adalah National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (NECF) yang telah berganding bahu dengan DAP. Dilaporkan 10 hari sebelum pilihanraya umum ke-12, NECF telah membuka pintu kepada DAP dengan menganjurkan pertemuan pada 27 Febuari 2008 di antara 200 orang pastor serta pemimpin agama dari 40 buah gereja di Lembah Klang dan calon-calon pilihanraya DAP.

6. Dalam dialog tersebut, DAP telah berpeluang membentangkan manifesto mereka kepada masyarakat Kristian. Delegasi DAP diwakili Lim Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh dan Dr Cheah Wing Yin. – Sumber: Buletin NECF.


7. Pasca pilihanraya Sarawak 2011, Mohamed Razali Bin Abd Rahman, bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP menyaksikan sendiri majlis ikrar paderi di Hotel Little Rock Jelutong, Pulau Pinang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Beliau pernah buat laporan polis tetapi beberapa orang telah mengarahkannya agar menarik balik laporannya, iaitu:
  • Mat Sabu
  • Lim Guan Eng dengan tawaran RM1 juta dan bercuti di Melbourne
  • Seorang paderi yang memberikan tawaran yang lumayan.

8. Majlis ikrar ini diadakan sebagai meraikan pastor-pastor dari Sarawak dan Luar Negara yang telah membantu DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak.

9. Pada masakini, terdapat paling kurang 35 orang evangelis Kristian sebagai YB DAP di Parlimen. Nisbah mereka adalah (15.8%) jauh melebihi kadar penduduk Kristian (9%) dalam negara. Sedangkan mereka adalah minoriti dalam DAP.

10. Jika bukan untuk menyebarkan pengaruh, apa lagi? Jelasnya laungan demokrasi yang mereka bawa merupakan sebahagian dari agenda yang bakal membawa implikasi pertembungan tamadun yang sangat besar impaknya antara Islam dan Kristianiti di negara ini. Apakah kita sebenarnya sedang berhadapan dengan era imperialisasi dan penjajahan Era Baru dibawah pakatan Zionis Kristian-Yahudi?
(sumber)

Kristianisasi berasas Politik Perang Salib dalam konteks “teori konspirasi” 


Pendedahan yang dibuat melalui artikel ini adalah satu peringatan keatas umat Islam di Malaysia khususnya dan setiap warganegara pelbagai bangsa dan agama amnya, yang cintakan keamanan dan kedamaian. Sekiranya pendekatan-pendekatan yang agresif dan provokatif ini berterusan melanggar batas-batas yang dinyatakan tadi, negara akan kacau-bilau.

Mungkin memang itulah agenda tersembunyi yang dikehendaki sangat oleh agentur-agentur perpecahan negara. Pihak Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah preventif segera dan memantau dengan sirius perkembangan ini, manakala rakyat pelbagai bangsa dan agama perlu berfikiran panjang dan berkerjasama dengan Kerajaan.

Permaslahan Kristianisasi akan bertambah buruk sekiranya  agama dipolitikkan oleh Gereja lalu menjadi suatu resipi yang bakal mengundang bencana. Namun masih ada pihak yang memandang remeh persoalan ini dan menganggapnya sekadar retorik dan konspirasi liar. Terlanjur kata maka elok juga saya sampaikan sedikit isyarat konspirasi dan terpulanglah kepada saudara² untuk menilainya sendiri secara lebih terperinci.
 

1. Apa yang sedang digerakkan di Malaysia ini melalui CFM adalah sebenarnya berteraskan prinsip “Dominionism”, iaitu aliran pergerakan Kristian konservatif yang bergiat aktif dalam bidang politik di Amerika Syarikat, ke arah pembentukan suatu negara yang dipimpin oleh samada para Kristian atau seseorang pemimpin Kristian konservatif yang menguasai sistem perundangan bible.

2. Dengan lain perkataan tidak lain dan tidak bukan, usaha untuk mengasaskan pemerintahan sistem politik beteraskan Kristian Zionism. Kalau dahulu kita mendengar tentang doktrin “Separation of State and Religion”, maka Dominionism menggabungkan Kristianiti dengan pemerintahan/pentadbiran.

3. Sejarah gelap konspirasi Kristianisasi berasas Politik Perang Salib ini dipenuhi dengan sejarah berdarah dan telah lama di dokumentasikan dengan pelbagai sumber rujukan.

4. Sejarah konspirasi berasas Politik Perang Salib sering membabitkan peranan Gereja dalam pelbagai dominasi bersama-sama agentur Zionisma Kristian-Yahudi yang mana melibatkan perancangan² penuh rahsia membabitkan kabal-kabal sulit.

5. Pergerakan penyatuan Gereja pula dijalankan juga oleh Jesuit dibawah inisiatif “Ecumenical movement” penubuhan Majlis Vatican kedua (Vatican II) dari tahun 1962-1965  bagi maksud penyatuan semua Gereja dibawah satu lembayung.

6. Para pemantau konspirasi Vatican umumnya, mempunyai banyak dokumentasi rujukan dari pelbagai sumber untuk menimbulkan keraguan yang manasabah atas pergerakan gereja di sesebuah negara.

7. Dalam keadaan senario politik yang sangat sensitif dan sentiasa bergolak, seharusnya semua pihak, khususnya Kerajaan Pemerintah, berwaspada sepenuhnya dengan kemungkinan ancaman dari campurtangan pihak asing melalui mekanisma Gereja.

8. Para ahli konspirasi telah lama mengaitkan penguasaan keatas Vatican oleh Orde Jesuit . Malah dengan perlantikan bersejarah pope yang pertama dari orde Jesuit pada 3/3/13 lepas, iaitu Pope Francis I, mereka percaya bahawa ia berhubung rapat dengan agenda New World Order di bawah satu Kerajaan Dunia yang sudah hampir masanya. 

9. Pope Francis I juga turut dikaitkan dengan skandal pembabitan gereja dengan peperangan "The Dirty Wars” tajaan junta/rejim diktator General Jorge Videla (1976-1983). Beliau dilantik sebagai "Provincial" bagi Argentina pada 1973 iaitu pegawai Jesuit berpangkat paling tinggi ketika itu dan beliau dianggap sebagai “Washington’s Pope” yang pro-Amerika Syarikat.

10. Rejim militan General Jorge Videla ini bertanggungjawab atas begitu banyak jenayah pembunuhan termasuk paderi dan "nun" yang menentang pemerintahan beliau berikutan rampasan kuasa olehnya di bawah tajaan CIA keatas kerajaan Isabel Peron pada 24 Mac 1976.

11. Adalah menjadi kewajipan kita bersama untuk berusaha sedaya upaya bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya huru-hara kerana sejarah seharusnya mengajar kita bahawa kita sedang berhadapan dengan kuasa-kuasa pro-Zionis yang sering terbabit dalam mencetuskan keganasan melalui campurtangan kedaulatan sesuatu negara.

12. Apa yang lebih membimbangkan ialah mekanisma "tangan-tangan yang tersembunyi" yang sering dikaitkan dengan dalam isu-isu yang sebegini sangat sukar ditangani. 

13. Oleh demikian tidak haranlah bila kita lihat pembabitan gereja dalam kancah politik perdana negara kita di masa ini, kerana infrastruktur penyatuan gereja telah pun diselaraskan dengan sedemikian rupa.


 ______________________________________________________________

"PASTOR GEREJA KRISTIAN ATAU AHLI POLITIK ATAU KOMANDER PERANG SALIB?"

______________________________________


  • PASTOR HENRY K PILLAI dan pandangan "matahati" "Pesuruh"nya mengenai Sabah kerap kali merujuk kepada "musuh-musuh" dan sering mengguna pendekatan yang provokatif.
  • Beliau sering digambarkan bersama seorang lagi rakan seperjuangannya, Dr Chuck Pierce yang turut bersyarah dan menyumbang pada artikel gereja mereka.
  • Henry Pillai dan Dr Chuck Pierce kedua-duanya kerap menggunakan kod-kod nombor dan membuat pelbagai ramalan.
  • Apabila diselidiki sememangnya Dr Chuck Pierce adalah pembawa ajaran Kabbalah; Ilmu mistik dan okult Yahudi kuno.
  • Simbolisma singa merujuk kepada Lion of Judah, dan demikian juga simbolisma helang yang sinonim dengan burung phoenix.
  • Menurut kenyataan beliau didalam peenerbitan gereja Apostolic ini, beliau sudah biasa berulang alik ke Malaysia sejak tahun 90an dan sangat arif dengan senario tempatan.
  • Dr Chuck Pierce menggelar dirinya sebagai pewaris kepimpinan tertinggi untuk New Apostolic Reformation dan Pesuruh Kabbalah.    
  • Beliau juga merangkap Presiden Glory of Zion International Ministries.
  • Besar kemungkinan beliau salah seorang dari jaringan gerakan dakyah “Window 10/40″ yang mengsasarkan negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia.

*** Satu contoh aduan mengenai beliau:
 
*** False Prophet Chuck Pierce and the Kabbalah: The Month of Iyar and The Month of Nissan

| May 12, 2008 | Wyatt Roberts

Posted on Friday, July 18, 2008 3:35:11 AM by IreneE
Chuck Pierce and Kabbalah: The Month of Iyar

Last week, I posted an article exposing the occultic origins of Chuck Pierce's so-called "ministry," explaining that most of what he claims are "Words from the Lord" actually comes from astrology and Kabbalah (a New Age form of Jewish Mysticism).


(MUAT TURUN Agenda Kristianisasi file pdf)


KOMENTAR: ARTIKEL PASTOR HENRY K PILLAI
  • Apakah beliau bercakap secara peribadi atau ini merupakan tanggapan komuniti Kristiannya dan siapakah musuh-musuh anda? Kerajaan? Rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan Islam?
  • Apakah keperluannya menggunakan retorik dan konotasi yang provokatif secara berulang-kali?Apakah motif beliau sebenarnya?
  • Dengan begitu grafiknya beliau menggambarkan tanahair bumi Malaysia (Sabah) ini seolah-olah diselubungi kejahatan dan kekejaman sedemikian rupa. 
  • Apakah tanah ini ditadbir oleh bulan?" katanya. Apakah yang dimaksudkan dengan bulan? Apakah ini konotasi "moon god", simbolisma yang sering dikaitkan dengan agama Islam?
  • Disini pula, beliau menggambarkan kebangkitan suatu komuniti Kristian dengan bilangannya yang ramai, kekayaan dan kekuatan tetapi berkata mereka tidak menyedarinya.
  • Di bawah ini sekali lagi beliau merujuk kepada musuh-musuh yang membenci dan berusaha untuk menyekat kemajuan kebangkitan komuniti "rainbow" beliau. Siapakah musuh yang dimaksudkan? Persoalannya, dengan cara apakah mereka menentang dan menghalang kamu?

  • Ini semua orang mahu. Sekali lagi bercerita tentang khazanah kekayaan alam bernilai berbillion (Ringgit GBP atau USD?).
  • Misionari Kristian dikatakan penyebab semua bentuk kemajuan yang dikecap. Tidak ada komuniti lain yang memainkan peranan hanya mereka sahaja. Hospital, lapangan terbang, jalanraya, sekolah, universiti semua misionari Kristian..
  • Dan amaran diberi. Siperompak ada disini untuk merompak segala bentuk kemewahan dan kemudahan milik Sabah?
  • Saya tanya lagi. Siapa perompak yang kamu maksudkan?


  • Sekali lagi beliau bercakap sebagai seorang Manusia Suci. Seolah-olah sistem Gereja Kristianiti yang beliau wakili dan bumi Kristianiti suci dari segala malapetaka dan bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Seolah-olah dunia tidak mengetahui tentang pelbagai skandal seks songsang yang menghantui Vatican dan institusi-institusi gereja kamu..
  • Malaysia beliau gambarkan sebagai pusat transit memperdagangkan manusia. Pornografi. Sex dan seterusnya, anda sendiri boleh baca.
  • Sekali lagi beliau merujuk berkenaan musuh yang berterusan menekan ibarat banjir...


 
  • Beliau sangat bersungguh-sungguh memerhatikan potensi Sabah. Meramalkan sehingga tahun 2013 tentang perubahan-perubahan yang dramatik bagi Sabah. Saya rasa saudara semua mampu membuat interpolasi sendiri..
  • "Sabah must not lose out", katanya. Peluang terakhir bagi Sabah. Lepas ini tak ada peluang dah? Begitu hebat susunan ayat-ayat yang emphatic dan penuh dramatik menggambarkan betapa pentingnya Sabah dalam skema perancangan beliau... 
  • Penerbitan ini dikatakan pada tahun 2009. Ketika itu lagi beliau sudah tahu PRU13 akan diadakan pada tahun 2013! Sedangkan pada tahun 2012 sahaja beberapa kali dianggarkan kemungkinan pilihanraya diadakan pada masa tersebut..
  • Suara gereja bermain politik perdana...
  • Di sini beliau membawa cerita perang pula dan mengambil contoh Komunis Rusia keatas Romania selama 70 tahun.
  • Membawa gambaran kekejaman dan kezaliman rejim komunis.
  • Percubaan anda untuk menyamakan Kerajaan Malaysia dengan rejim komunis? Begitulah konotasinya...
  • Buat makluman saudara, ada banyak versi sejarah kami pon bukan orang yang buta sejarah.
  • Komunisma itu juga ciptaan Pakatan Zionis Kristian-Yahudi (Ashkanazi/Khazar)
  • Pembabitan kuasa-kuasa imperialis zionis dalam Perang Dunia 1 dan 2 malah lebih dari itu.
  • Ceritakan sedikit tentang kekejaman padre-padre Jesuit dan Katolik memakai uniform Ustachi  Nazi German dan melakukan penyembelihan keatas ribuan rakyat bukan-Katolik Croatia/Yugoslavia?
  • Cuba saudara rujuk pada The Vatican Holocaust.. 








  • Memang dengan komuniti Kristian anda katakan berdoa dan Tuhan anda akan memusnahkan senjata-senjata musuh, tetapi disebalik tabir, andalah yang bersepakat dengan pelbagai kuasa militer dan militan untuk bermain dengan segala jenis senjata dan memerangi sasaran anda. Macamlah kita tak kenal kuasa Zionis Kristian-Yahudi Ashkanazi/Khazar.
  • Memang banyak sekali rujukan anda kepada peperangan dan permusuhan untuk tahun 2013.
  • Tapi seperti anda katakanlah mungkin semua ini kebetulan dan "kerja" Tuhan...
  • Anda memang seorang yang cukup hebat dan mempunyai kelebihan ramalan persis seorang "Nabi"..  

  
  •  Enemy.. lagi enemy.. lagi lagi enemy....

 
 

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”