Sunday, March 10, 2013

Kekejaman Melampau Batas & Persamaan antara Pengganas Sulu, Abu Sayyaf dengan FSA - Al Qaedah

Tragedi serang hendap anggota polis di Sempoerna 2 Mac 2013 adalah detik hitam yang penuh tragis ... thumbnail 1 summary

Tragedi serang hendap anggota polis di Sempoerna 2 Mac 2013 adalah detik hitam yang penuh tragis dan menyayat hati apabila 6 anggota polis negara telah terkorban diserang hendap oleh pengganas-pengganas Sulu.

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna. Demikianlah perilaku kebinatangan para pengganas Sulu yang tidak mungkin dimaafkan.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan persoalan apakah pengganas-pengganas dari aliran Abu Sayyaf terbabit kerana dari segi modus operandi mereka iaitu seranghendap dan memenggal kepala musuh semua menunjukkan kepada ciri-ciri pengganas Abu Sayyaf, sayap militan  Al Qaedah di selatan Filipina.

Video yang berikut antara bukti-bukti terkini yang diperolehi tentang kegiatan sadistik dan kebinatangan para pengganas Al Qaeda dibawah Free Syrian Army.

Anda diberi amaran bahawa paparan video ini mengandungi babak-babak ngeri diluar batas perikemanusiaan dan samasekali tidak menggambarkan Islam.

Malah mereka inilah merrupakan pembelot agama yang melakukan pengkhianatan terkutuk atas nama Islam.

FreeSyrian Army Naikkan Bendera Al Qaeda Selepas memenggal 7 orang awam warga Syria.

Pengganas FSA dan para pejuang asing dari Chechnya, Libya, Tunisia dan Turki (Jurukamera bercakap bahasa Turki).  Selepas 4 minit boleh kedengaran perbualan dalam bahasa Chechen.

Mereka menembak dan memenggal kepala tujuh orang awam warganegara Syria atas tuduhan kesetian terhadap kerajaan Syria pimpinan Bashar yang mereka musuhi.

Mereka membunuh secara kejam dan tanpa perikemanusiaan diatas nama ALLAH. Mereka kemudian menaikkan bendera Al Qaeda dan mengebumikan mayat dalam kubur besar, membaling batu dan sampah atas nama ALLAH.

Mereka inilah pembawa obor Arab Spring yang tidak lebih dari agenda dan permainan licik agentur Dajjal Anglo-American-ZIonis. Mereka terdiri dari pengganas-pengganas Al Qaeda yang dibiayai sepenuhnya dari pakatan Zionis bersama Arab Saudi dan Qatar. Mereka ini tidak lebih dari instrumen penyahstabilan negara Syria (destabilization forces).

Mereka menggunakan teroris sebagai alat destabilization mereka dan mereka kemudian gunakan alasan demi menghapuskan terorisma, mereka perlu menakluki sesuatu negara itu.
 

Merekalah yang mencipta raksasa-raksasa pengganas ini dan mereka lemparkan label terorisma itu keatas seluruh umat Islam dan kemudian mereka pula menjadi wira penyelamat dunia sejagat dari bencana terorisma yang mereka sendiri cipta.

Maka Islamis bagaimanakah yang kamu gelar dirimu sehingga kamu mampu bersekongkol dengan fitnah terbesar diakhir zaman ini diatas nama ARAB SPRING?

Apabila saya lihat paparan ini dan juga mengimbas kembali kepada tragedi Houla, dan saya bandingkan dengan kejadian menyayat hati bagaimana wira-wira negara kita diperlakukan dengan kejam, sememangnya jalan antara  haq dan bathil itu sebenarnya jelas.

Cukup sekadar anda mengamati kuasa apakah yang sedang memainkan peranan dibalik tabir..  Sesungguhnya allignment tentera-tentera Dajjal ini sangat jelas sumber dari mana datangnya.

Mereka ini bukanlah pejuang kebebasan! mereka hanyalah tentera upahan instrumen murahan pakatan agentur Dajjal yaqni pakatan Christian-Zionis NWO.

Sebenarnya kita tidak pernah menyokong kepimpinan Bashar Assad. Namun kita tidak sekali-kali akan memihak kepada pakatan si mata satu..

 Mafhum Surah al-Maidah ayat 51 :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. " 

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”