Wednesday, March 13, 2013

KIRAM NAFI HJ MUSA TERBUNUH!

HAJI MUSA DAN AGBIMUDDIN KIRAM HUBUNGI JURUCAKAP KIRAM SAMBIL MINUM KOPI! Berita terkini! Me... thumbnail 1 summary
HAJI MUSA DAN AGBIMUDDIN KIRAM HUBUNGI JURUCAKAP KIRAM SAMBIL MINUM KOPI!

Berita terkini! Memang hebat depa ni..

Kiram terus main wayang dan memperkotak-katikkan Malaysia dengan perang mulut-saraf yang terbaru.

Makin naik belang dan samasekali tidak menunjukkan bahawa mereka terkesan dengan kasualti dan pengorbanan nyawa yang semakin meningkat dengan berlarutannya konflik pencerobohan Sabah.

Menurut jurucakap Kiram, Abraham Idjirani kepada media Filipina pagi ini, Haji Musa masih hidup. Begitu juga dengan Agbimuddin Kiram.

Menurut beliau hanya dua puluh tiga pengikut Jamalul Kiram III telah terbunuh di Malaysia sejak bermula konflik Sabah.

Beliau berkata bekas komander Moro National Liberation Front komander Haji Musa masih hidup, bertentangan dengan laporan bahawa dia telah dibunuh minggu lepas.


 
Bercakap kepada ABS-CBN, jurucakap Abraham Idjirani berkata dia sempat "bercakap" dengan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengesahkan bahawa Musa masih hidup, bertentangan dengan dakwaan Polis Malaysia.

"Beliau masih hidup dan mereka telah berhimpun semula pada 1 pagi, hari Rabu. Mereka sedang minum kopi!"

"Laporan media Malaysia tidak benar, " kata Idjirani.

Nampak gaya memang tidak ada petanda yang puak-puak pengganas Suluk ini hendak menyelesaikan konflik ini secara baik.

Namun demikian ada satu persoalan yang benar-benar menarik timbul sambil teka-teki dan perang mulut ini berterusan.

Apakah Agbimuddin Kiram benar-benar masih di Sabah atau beroperasi secara proksi dari luar Sabah?

 


(Laporan penuh ABS-CBN News: http://www.abs-cbnnews.com/nation/03/13/13/23-kiram-men-dead-haji-musa-still-alive-spokesman /ABS-CBNnews.com. Posted at 03/13/2013 10:56 AM | Updated as of 03/13/2013 10:56 AM)

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”