Monday, March 11, 2013

Pertemuan Anwar-Misuari Dikesan Lebih 2 Kali

( SUMBER ) Lebih dua kali, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar bersemuka dan berbual melalui telefon dengan pengasas MNLF (Barisan Pem... thumbnail 1 summary

(SUMBER)

Lebih dua kali, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar bersemuka dan berbual melalui telefon dengan pengasas MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaa Moro), Nur Misuari, lapor mymassa dan di mana pertemuan dan perbualan itu dikesan sebelum menjelangnya pencerobohan pengganas di Lahad Datu Sabah pada 9 Februari.

“Semasa insiden di Lahad Datu hujung bulan lepas, Anwar sekali lagi bercakap dengan Nur Misuari di mana dilaporkan mereka membuat ketetapan yang sama iaitu “Menafikan” perundingan mereka.

“Namun, Kerajaan Filipina melalui agensi keselamatan mereka mengesahkan hal tersebut, “lapornya.

Menurutnya, pada penghujung tahun 2012, Anwar turut menghantar wakilnya, Tian Chua, ke Filipina untuk menemui pihak-pihak tertentu, di mana Naib Presiden PKR dan orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) tidak pernah menafikan kehadirannya ke negara tersebut.

“Anwar telah bertandang ke Lahad Datu pada bulan Oktober, 2012 dalam tempoh yang lama. Anwar juga singgah di Tawau dalam tempoh yang lama dalam bulan Oktober itu.

“Semasa Anwar menunggu Lajim Ukin yang tidak datang-datang, Anwar direkodkan bertemu dengan orang-orang Suluk di Lahad Datu, yang diaturkan oleh Ketua PKR Sabah, Tamrin Jaini.

“Anwar sudah tidak boleh mengelak, kerana rekod-rekod pertemuan dan perbualan mereka telah dikesan,”lapornya lagi.

Dalam posting terbaru Mymassa hari ini, blog itu mendedahkan salah satu pertemuan Anwar-Misuari dikesan pada 17 Julai 2012, di mana gambar rakaman pertemuan itu turut didedahkan oleh twitter penyokong PKR, AICMalaysia.

“Bersambung gambar pertemuan Anwar yang lain selepas ini…,”lapor Mymassa.
Philippines Daily Inquirer, pada 1 Mac menamakan Anwar Ibrahim sebagai ‘faktor luaran’ yang berkomplot dengan pihak anti kerajaan Filipina menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.
Nur Misuari berjabat tangan dengan Sultan Jamalul Kiram III
Nur Misuari, dinamakan The Philippine Star sebagai tokoh anti kerajaan Filipina yang bertanggungjawab menghasut ‘Sultan Sulu’, Sultan Jamalul Karim III supaya menceroboh Lahad Datu untuk melaksanakan misinya itu.

Asree Sug, dari bangsa Tausug telah mendedahkan di facebooknya, selepas Januari 2013, Nur Misuari menyatakan secara terbuka sokongannya terhadap Anwar Ibrahim di Malaysia di mana pada 3 Januari, Misuari dan MNLF telah mengadakan pertemuan di Pulau Jolo untuk membincangkan strategi tersebut.

“Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

“Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu,” kata Asree Sug tentang dua resolusi pertemuaan Misuari-MNLF di Pulau Jolo itu.

Menurut Asree, Nur Misuari menyokong perjuangan politik Anwar di Malaysia dan mengharapkan agar Ketua Umum PKR itu bakal dinobatkan menjadi Perdana Menteri ke-7 selepas Pilihanraya Umum ke-13.

“Saya mendapat berita bahawa MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia… kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13.”

Blog tausug mengambarkan kehebatan Misuari sebagai tokoh yang dapat mengawal Ustaz Habier Malik, komendar MNLF dan Radulan Sahiron, pengasas Abu Sayyaf dan mampu memberi arahan kepada kedua-dua itu untuk melaksanakan arahannya.

“Prof Nur menyedari kelebihan yang ada pada Sulu yang memiliki pelbagai kumpulan yang tidak bersatu seperti puak Ustaz Habier Malik, Radulan, Abu dan beberapa kumpulan tersisih lainnya, masih boleh digunakan untuk kempen perang pada bila-bila masa,”dedahnya.


Mynewshub mempertikaikan penggunaan senjata yang digunakan oleh pencerobohan di Lahad Datu sedangkan kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino memaklumkan Sultan Jamalul Kiram III tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membiayai operasi sedemikian.

“Aquino dilaporkan berkata, Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu.

“Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah. Justeru dari mana mereka mendapat wang yang banyak untuk menyewa bot-bot berkenaan?,”soal laman itu.

Sumber memberitahu Mynewshub.my, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;

M-16
M-14 – Rifle untuk penembak tepat
Light Machine Gun – LMG
General Purpose Machine Gun – GPMG
M203 – grenade launcher
AK47
Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)
Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)



“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.

“Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).,” lapor laman itu lagi.

Perkara sama turut dibangitkan oleh blogger mummyrokiah yang berpendapat tanpa tajaan pihak tertentu ‘Sultan Sulu’ tidak mampu menampung operasi serangan di Lahad Datu itu.

“Persoalan yang sedang bermain di minda kita hari ini ialah bagaimana seorang ‘Sultan’ yang merempat dan tak sedar diri ini boleh mendapat dana yang begitu banyak untuk menghantar lanun untuk menceroboh Sabah? 

“Jika beliau sedar beliau sedang berada di pintu kubur maka untuk siapakah perjuangan beliau ini? Untuk mendirikan ‘Kesultanan Sulu’ hampir mustahil berlaku atau Jamalul menjadi ‘proxy’ Mr X yang ingin mengulingkan Kerajaan DS Najib di Malaysia,” soal blogger itu.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”